Baru-baru ini, ramai sahabat saya di Semenanjung Malaysia telah kehilangan seorang teman yang pergi meninggalkan mereka berumur 36 tahun. Jelas melalui perasaan yang dipaparkan dalam facebook, Arwah adalah seorang sahabat yang baik buat semua di sekelilingnya. Malah beliau sempat sms sahabatnya menyatakan beliau rindu padanya sebelum pergi dalam tidurnya. Arwah meninggalkan seorang isteri yang baru sahaja dikahwininya sebulan lalu.
Kepada sahabat2ku- jangan lah bersedih...kita jua akan menyusul kemudian. Kita yang tinggal ini, patut meneruskan legasi peninggalan beliau. Teruskanlah perjuangan masing2. Dan jangan dilupa sahabat2 di sekeliling kita, jauh atau dekat. Ucapkanlah "Aku Rindu Padamu Sahabat", selagi masa masih ada....
Al-Fatihah buat Arwah Nik Suhaimi@ Imi Chong (1974-2010)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment